Wednesday, April 22, 2015

Surat Rasmi - Memohon Pekerjaan

NURSYAFIQAH BINTI JAMAL
No. 60, Jalan Cemara 5,
SU1, Saujana Utama,
47000, Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
                                                                                                            

Measat Broadcast Network Systems,
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia , Lebuhraya Puchong-Sg. Besi,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur                                                    20 APRIL 2015

TUAN / PUAN,

SURAT PERMOHONAN PEKERJAAN DI SYARIKAT ASTRO

Merujuk perkara di atas, Saya Nursyafiqah Binti Jamal adalah graduan daripada KPTM Batu Pahat dari jurusan seni reka grafik.  Saya ada terbaca iklan jawatan kosong di syarikat tuan iaitu jawatan sebagai “junior graphic designer”.

2. Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang berkemahiran menggunakan perisian grafik seperti adobe photoshop, adobe illustrator, adobe premier pro, adobe indesign dan banyak lagi. Untuk pengetahuan tuan, saya telah mempelajari semua perisian ini ketika mengambil diploma di KPTM Batu Pahat dahulu. Jadi saya yakin saya mampu untuk mencuba nasib untuk jawatan ini. Saya seorang yang berwawasan tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan. Saya sukakan kelainan dan mencuba sesuatu yang baru dan saya rasa itu adalah apa yang perlu ada dalam diri seorang pereka grafik. Saya juga seorang yang jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

3. Semasa cuti semester, saya telah menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat pengiklanan iaitu City Player Studio SDN BHD. Dengan menggunakan kemahiran yang ada sebagai pelajar grafik, saya mampu memenuhi permintaan yang klien mahukan daripada pasukan saya. Di sini saya telah banyak menimba ilmu dari senior yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Saya juga telah belajar sedikit sebanyak mengenai “tv commercial” dan “advertising” yang menjadi perkhidmatan dalam syarikat itu. Mereka telah berjaya membantu saya menjadi seorang yang boleh bertolak ansur dan bergerak sebagai sebuah pasukan yang mantap.

4. Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai seorang pereka grafik dan seterusnya dapat berkongsi idea-idea baru dalam bidang ini. Saya juga yakin bahawa kemahiran yang ada ini boleh dipertingkatkan lagi dengan bekerja bersama orang-orang yang lebih berpengalaman di syarikat tuan.

5. Sekiranya saya diterima bekerja di sini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menaikkan nama syarikat tuan dan mengeluarkan idea-idea baru yang lebih segar dan berlainan daripada yang sedia ada. Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

..................................

(NURSYAFIQAH BINTI JAMAL)

No comments:

Post a Comment